Di celah-celah anak-anak kecil rambut terkeluar dari tudung , juga Kopiah SRIH senget , dengan baju kotor dipalit kesan hitam ada beberapa akhawat sedang sibuk tak menang tangan mengepit Roti Bakar Disapu Peanut Butter Chocolate juga Jem Kaya yang diminati ramai . Huluran-huluran tangan anak-anak kecil memegang RM seringgit menunggu sambil menelan air liur berkali-kali Roti Bakar Kepit siap dan masuk terus ke dalam rongga tekak seterusnya ke perut.
Episod Roti bakar kepit yang entah mengapa menjadi kegilaan ramai, yang kebanyakannya telah menjadi kipas-susah-matinya dari kalangan Budak-budak SRIH .
Macam biasa , Penuh lagi ruang Roti Bakar Kepit tu sehinggalah Roti sampai tinggal hanya 7 Kepit sahaja lagi 2 roti kepit orang dah tempah, tetapi budak-budak kecil yang masih menunggu ada lagi 12 orang . Kebuntuan melanda , saat melihat muka anak-anak kelaparan macam tak cukup makan .
Kami pun decide untuk suruh mereka berkongsi . Satu Kepit roti , dua orang . Semuanya senyum , menerima cadangan kami. Sehinggalah tiba ke Dua Kepit yang terakhir yang ditempah seorang budak lelaki lingkungan umur 9 ke 10 tahun . Dua orang budak kecil perempuan yang masih lagi menunggu roti kepit dengan penuh harapan.
"Abang , abang beli satu je eh ? Kesian dua orang ni tak dapat beli ."
Si Abang dengan senyuman mengangguk setuju. Satu Roti kepit diberi pada Lelaki tadi , manakala Yang selebihnya saya serahkan pada dua anak kecil yang tinggal .
"Share tau. Ada dua ni , seorang ambil satu ." Saya menyerahkan roti kepit yang terakhir kepadanya .
Kedua-dua mereka tersenyum gembira dan beredar.
Waktu tengah berkemas untuk balik setelah selesai segalanya , datang dua orang budak perempuan dengan plastik bekas Roti Bakar Kepit yang dah kosong.
Mereka senyum lantas berkata serentak "Terima kasih akak!"
Saya hanya mampu tersenyum . Bahagia melihat anak-anak itu bahagia . Dapat merasa Roti Bakar Kepit walau sedikit . Lebih manis dengan Berkongsi .
*Mata masuk habuk . Eh . ha-ha .
AtiqahZ.
0256am
08022014
Johor Bahru



No comments:
Post a Comment