Dalam proses nak mengendalikan Program pertama dengan sendirinya, panggil penceramah sendiri , cari tempat sendiri , segalanya pun sendiri , memang tak menang tangan dan boleh kata ikhwah-akhawat hampir nak keluar naga semuanya . Eh . ha-ha
Tapi , Hamdalah , dengan Kuasa Dia , Segalanya dipermudahkan .
23012014 .
Talk , talk dan talk . Dari Penceramah , Akh-akh yang sungguh osem dan qowiy .
Tangan masing-masing tak lari dari pen atau pensil dengan Buku atau kertas-koyak-dari-buku-kawan-sebelah. Semuanya dicatat satu persatu. Andai ada yang mengantuk, ada sahaja huluran-huluran Kacang juga air penyegar mata yang kian kuyu. Ada sahaja tangan mengurut-ngurut lembut dibahu. Segala input dicatat, membina ruh-ruh hamba juga memantapkan Ruh Ukhuwwah. Permulaan dimulai dengan Perah-otak soalan menguji minda juga jiwa dari Ustaz Taufiq yang memang itu gayanya. Buat orang tertanya-tanya.
"Andai sebulan sahaja lagi Antunna akan hidup , apa yang antunna akan buat ?"
Juga Talk dari Akh Hafiz Bai yang datang jauh dari Bangi.
"Okey , apa yang Akhawat tau pasal Ikhwah dan apa yang Ikhwah tau pasal akhawat?."
Juga talk dari Akh Hafizul Amin . Seorang Doktor gigi.
Berkenaan dengan 'SAYONARA JAHILIYYAH'
24012014 .
Lokasi dah berubah tempat . Dari Dewan Seminar Kolej Perdana ke Dewan Pusat Latihan UTM . Pagi tu, Sama-sama berjalan kaki bergerak Ke Pusat Latihan UTM . Pengalaman baru kata mereka . Indah sungguh , bila dapat berjalan , baca Maksurat , Yang sakit pening dijaga , berpimpin tangan melintas jalan , lawak jenaka , senyuman , tawa . Bahagia . Sungguh Bahagia jiwa dan raga . Sampai sahaja UTM , jelas terbit senyuman bahagia.
"Dah sampai pun."
"Heuuhh , penat."
"Hahaha , bestnya."
Masing-masing merasa penat demi nak mendapatkan ilmu . Itu lah namanya kebahagiaan sebenar . Heh . First Talk , dengan Akh Jay Suman. Isi dia bagi, *pap*pap*pap* sentap sampai buluh jantung. Sedarkan pasal realiti ummah juga lain-lain perkara . Tak cukup dnegan hanya satu muka surat kertas nak salin dia punya talk , sebab terlalu banyak input kena ambil.
Second talk untuk second day , dari Pak cik Hisyam . About communication Skil . Gelak , memang kemestian . Tapi yang respect , Pak cik ni dia gantikan Slot yang sepatutnya Penceramah lain bagi . Lepas Solat jumaat beliau bergegas dengan Isteri ke UTM , Ketua Indoor panggil dia "Hero" sebab telah berjaya menyelamatkan keadaan. Ha-ha .
Dan talk yang terakhir untuk Hari kedua, Ustaz Azmen . Mampat dia bagi Tafseer 3 Qul . Masing-masing tanya soalan bila sesi Q&A .
"Was-was ni datangnya dari Syaitan."
25012014.
Last day , Berlari jugaklah dekat Homestay tu bila , nak masak lagi , nak menjawab mesej dari pernceramah lagi . Agak kelam-kabut . Tapi hamdalah semuanya sempat dibuat . Agak malu juga , Bila penceramah dah sampai dulu dari kami. Huhu .
Hari last , talk disampaikan Akh Afiq Sazlan, juga sahabat dia Akh Nazirul Haziq . Dua-dua Student Intec Drop-out . Founder of Hamasah As-Syabab , yang sunguh buat kami nganga juga , sebab masih muda tapi punya cita-cita yang seriyes sangat tinggi . Yang Akh Afiq sendiri masih baru dalam dunia D&T tapi , Laju dan lincahnya dia juga sahabatnya itu bergerak lagi laju dari kami yang dah lama dalam dunia dan keluarga jemaah ni.
*Tabik sambil buat muka cuba untuk seriyes .
Tajuk yang disampaikan , Kenali Potensi DIri dan matlamat hidup.
"Mungkin senyuman anda juga potensi diri anda dan mampu berguna untuk ummah."
"Because Everyone Deserve Heaven"
Tiga hari yang memenatkan .
Mengembirakan jiwa dan raga .
Tiga hari bahagia dapat jumpa kawan balik .
Tiga hari memasak bersama dengan Perkakas dapur yang tak mencukupi .
Tiga hari memori jalan kaki yang tak mungkin dilupa .
Tiga hari tidur serumah.
Tiga hari Hari bahagia bersama .
Gelak tawa , Duka , penat , Peluh , semua ada .
Moga Kita sentiasa Di bawah Naungan Dia . Selamanya . Sampai Surga . InsyaAllah.
AtiqahZ.
0228am
08022014
Johor Bahru
p/s : JDT kalah dgn Pahang jangan sedih . ha-ha .






No comments:
Post a Comment